REHAT LAH POYENG SAMPAI SINI KAMI TEMAN KAMU .. DIA MAUT LEPAS MC (6GAMBAR)

Shah Alam : ” Sampai sini kami teman diri mu ” Suasana pilu di Tanah perkuburan ketika jasad Mohd Norazmi Misban,30, atau lebih mesra dengan nama Poyeng dikalangan rakan-rakan sekerja di semadikan.

Poyeng meninggal dunia selepas motosikal ditunggangi merempuh lori di Kilometer 25.8 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), 10 pagi hari ini.

Poyeng  merupakan perkerja di Volvo menunggang Yamaha RXZ di perjalanan pulang ke rumah nya selepas berjumpa doktor kerana tidak sihat dia telah mendapat cuti sakit (MC).

 

Semasa di perjalanan pulang itu lah tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kanan lori menyebabkab dia maut di lokasi kejadian manakala pemandu lori berusia 49 tahun tidak mengalami kecederaan.

Ketika kejadian lori berkenaan berhenti di lorong kecemasan sebelum menurunkan pekerja pembersihan longkang.

Mayat mangsa yang berasal dari Teluk Panglima Garang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

Semoga keluarga nya tabah, permergian nya dirasai oleh rakan-rakan sekerja nya yang tidak putus-putus menziarah dirinya dari tempat kemalangan sehingga lah dia disemadikan.

Poyeng seorang insan yang sangat baik ada dikalangan rakannya amat terasa dengan laporan media yang mana punca kemalangan itu adalah seseolah kecuaian diri arwah menunggang motosikal. Al fatihah

 

Add Comment