PESANAN TERAKHIR RASULULLAH (ISI KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH)

 

Assalamu’alaikum warohmatuloh wabarokatuh

 

Segala puji bagi Allah Subhanahu wa ta’ala yg tlah memberi sebaik-baik nikmat berupa Iman dan Islam. Salawat dan doa keselamatanku terlimpahkan selalu kpd Nabi Agung Muhammad Shollallahu ‘alaihi wassallam berserta keluarga dan para sahabatnya.Amin

Keadaan di Arafah ini merupakan replika di Padang Mahsyar saat manusia dibangkitkan kembali dari kematian oleh Allah Subhanahu wa ta’ala.Saat itu semua manusia sama di hadapan Allah Subhanahu wa ta’ala, yang membedakan hanyalah kualitas imannya.

Wukuf secara harafiah berarti berdiam diri. Wukuf di Arafah adalah berada di Arafah pada waktu antara tergelincirnya matahari (tengah hari) tanggal 9 Dzulhijah sampai matahari terbenam dengan berpakaian ihram.

Menjelang wafatnya, di tempat inilah di Padang Arafah, Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wassallam berkhutbah yang kemudian dikenal dengan Khutbatul Wada’ atau pidato perpisahan. Pidato ini merupakan salah satu puncak dari sejarah ajaran Islam. Khutbah Nabi ini merupakan khutbah kemanusiaan. Karena itu, keberhasilan kita memahami dan menangkap makna dari khutbah Nabi adalah bagian terpenting dalam memahami dan menangkap pesan-pesan kemanusiaan dalam ajaran Islam, sarat dengan nilai-nilai akhlak dan persaudaraan bagi seluruh umat manusia.

Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wassallam melaksanakan ibadah haji 1x yaitu pada tahun ke 10 Hijriyah, dengan diikuti oleh 124.000 Mukmin. Berdiri di Jabal Rahmah, menjelang waktu shalat Dzuhur. Bilal ra dan Rabiah bin Khalaf mengulangi kalimat-kalimat Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wassallam untuk para jamaah yang berada jauh dari tempat berdiri Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wassallam

INILAH ISI DARI PIDATO PERPISAHAN BELIAU YANG TERKASIH BAGINDA RASULULLAH MUHAMMAD Shollallahu ‘alaihi wassallam PADA KITA SEMUA :


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadiri di sini pada hari ini.”

“Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.”

“Berwaspada terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jgalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.”

“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanitakamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesunggunya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.”

“Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwq dan beramal soleh.”

“Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu berkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.”

“Wahai manusia tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dah fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.”

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapakanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

Pada saat itulah turun wahyu yang terakhir kepada Nabi Muhammad SAW :

Firman Allah SWT :
“Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan Aku Ridho Islam menjadi agama bagimu.”
(QS. Al-Maidah : 3).

Setelah mendengar wahyu ini Abu Bakar RA menangis terisak-isak, karena dia memahami bahwa jika suatu misi telah disempurnakan menandakan si pembawa misi tersebut (Nabi Muhammad SAW) akan segera kembali kepada Allah SWT (meninggal dunia)

Khutbah ini disampaikan dalam haji wida’ yang juga dikenali sebagai haji perpisahan.Ia dinamakan demikian ialah kerana Nabi s.a.w kembali ke rahmatullah setelah beberapa ketika baginda mengerjakan ibadat Haji tersebut. Peristiwa Haji Wida’ bermula selepas Nabi s.a.w kembali dari peperangan Tabuk, baginda mengutuskan Abu Bakar As-Siddiq r.a sebagai seorang pemimpin untuk memimpin rombongan Haji manakala baginda pula menghabiskan masa selama beberapa tahun untuk menyambut kedatangan rombongan kafilah Arab yang tidak putus-putus mengunjungi baginda dari seluruh pelusuk semenanjung Tanah Arab untuk menyatakan baiah mereka dan pengislaman mereka.

Kemudian Nabi s.a.w mengutuskan beberapa orang para sahabat bersama dengan setiap rombongan untuk mengajar perkara agama kepada mereka. Apabila baginda merasakan bahawa Islam telah tersebar ke seluruh negara Arab malah menjangkau ke negara-negara persekitarannya, baginda terasa ingin mengerjakan ibadat Haji sambil mengajar cara-cara untuk mengerjakan ibadat Haji kepada umat Islam dalam bentuk praktikal, menyampaikan nasihat yang baik kepada mereka serta memberikan kupasan mengenai syariat Islam dan matlamatnya kepada mereka di dalam khutbah baginda.

Setelah itu baginda bertolak dari bandar Madinah pada tahun kesepuluh Hijrah kemudian berniat Ihram Haji dan Umrah di Zul Hulaifah. Umat Islam yang mengikuti baginda pada masa tersebut adalah seramai lebih dari seratus ribu orang. Rombongan tersebut memperlihatkan suasana yang sangat menarik dan semangat serta diberi penghormatan oleh sejarah sebagai suatu sanjungan dan penghargaan.

Inilah dia orang yang memulakan dakwahnya secara berseorangan dan bangsa Arab yang sebelumnya mereka semua berdiri menentang baginda malah mereka memerangi baginda dengan menggunakan apa sahaja yang mereka miliki, berlegar-legar di sekitar baginda dan berjalan di belakang baginda serta baginda memimpin mereka di dalam keadaan penuh tawaduk, penuh ketaatan, kasih dan sayang. Selepas berihram Nabi s.a.w menyampaikan khutbah kepada rombongan yang sangat besar tersebut. Baginda memberi nasihat kepada mereka dan mengajar mereka cara-cara untuk mengerjakan ibadat Haji di mana baginda bersabda kepada mereka: Yang bermaksud: Kerjakanlah ibadat Haji kamu sebagaimana aku kerjakan.

APAKAH YANG TERSIRAT DISEBALIK KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW ?

Jika diteliti isi khutbah ini terdapat 12 perintah dari Rasulullah yang perlu kita laksanakan, samada lelaki ataupun perempuan dan ia ditandakan dengan warna biru. Marilah kita muhasabah diri masing-masing, adakah perintah Rasulullah ini telah kita laksanakan dalam hidup kita. Saya fikir agak ramai orang Islam yang dapat melaksanakan perintah Rasulullah ini. Jika kita orang yang benar-benar kasihkan Allah dan Rasulullah, kita wajib melaksanakan perintah ini.

Mari kita lihat pula 7 dosa-dosa besar. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: ”Jauhilah diri kamu daripada 7 dosa yang boleh membinasakan.” Baginda ditanya oleh sahabatnya: Apakah dosa itu wahai Rasulullah?. Baginda menjawab: ”Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, lari dari medan pertempuran perang, menuduh perempuan yang suci melakukan zina dan memakan riba.” (Hadis sahih riwayat Muslim).

Dari 7 dosa besar di atas, hanya 1 sahaja yang diperingatkan semula oleh Rasulullah dalam khutbah terakhirnya, iaitu pengharaman riba dan segala urusan yang berkaitan dengannya seperti yang berwarna merah. Kenapa Rasulullah hanya memilih riba? sedangkan ada 6 lagi dosa besar lain. Ini kerana Allah dan Rasulullah tahu pada akhir zaman nanti manusia tidak lagi mempedulikan dosa riba. Apa yang penting ialah mencari kekayaan dan kesenangan duniawi semata-mata sehingga menjadikan kita sama taraf dengan orang kafir. Soal halal atau haram sudah tidak menjadi perhitungan lagi. Yang penting ialah kaya, kaya, dan kaya serta boleh hidup mewah dan senang lenang dengan kekayaan duniawi yang sementara sifatnya. Soal dosa pahala sudah tidak dihiraukan lagi. Manakala 6 lagi dosa besar lain itu sangat jarang dilakukan oleh orang Islam.

Tahukah kita bahawa riba ini adalah ciptaan tokoh tokoh ekonomi Yahudi untuk merosakkan keimanan umat Islam. Saya pernah terbaca berita bahawa di Israel, bank-bank milik orang Yahudi tidak menjalankan amalan riba. Oleh itu amalan riba yang menindas dan menekan peminjam ini hanya dipraktikkan oleh orang bukan Yahudi. Begitulah jahatnya bangsa Yahudi. Apa yang baik seperti ajaran Islam itu mereka amalkan manakala yang buruk mereka cipta untuk diamalkan oleh orang bukan Yahudi. Selama-lamanya kita orang Islam ditipu oleh Yahudi laknatullah.

Firman Allah tentang larangan riba ialah seperti dalam Surah Al-Baraqah [Lembu Betina](2:278) yang berbunyi:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.”

(2:279)

“Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa”.

Para pembaca sekalian boleh muhasabah diri masing-masing. Dalam bank manakah kita menyimpan wang kita, gaji kita. Adakah dalam institusi yang bebas riba seperti Bank Islam, Bank Muamalat atau Tabung Haji. Atau adakah dalam mana-mana bank konvensional yang mengamalkan riba?. Tanya lagi, kita membeli harta kita samada rumah atau kereta atau lain-lainnya. Dari manakah sumber kewangan untuk membiayainya. Adakah dari sumber yang bebas riba ataupun yang terpalit dengan riba. Jika ia dari sumber riba, kita wajib bertaubat kepada Allah segera. Jangan kita biarkan kita mati dalam keadaan mengamalkan riba. Dosanya terlalu besar disisi Allah. Nauzubillah. Ingatlah bahawa orang yang melakukan dosa besar, solatnya tidak mampu menghapuskan dosa-dosa kecilnya berbanding dengan orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar. Jika kita orang yang benar-benar kasihkan Allah dan Rasulullah, kita wajib berusaha meninggalkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan amalan riba ini.

Perenggan terakhir khutbah Rasulullah itu ialah berkaitan kewajipan menyampaikan dakwah kepada orang lain, iaitu kepada sesama Islam. Namun apa yang lebih afdal ialah menyampaikan agama Islam kepada orang-orang yang belum lagi menganut Islam. Sesungguhnya agama Islam itu bukanlah milik sesuatu bangsa sahaja, malah ia adalah kepunyaan semua manusia di atas muka bumi ini. Islam adalah agama rahmatan lil ‘alamin, iaitu agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Bukan hanya kepada manusia tetapi juga kepada seluruh isi alam semesta ini.

Tidak berapa lama selepas Rasulullah menyampaikan khutbah terakhir ini maka turunlah wahyu yang terakhir dari Allah kepada kekasihnya Rasulullah S.A.W. seperti firman Allah dalam Surah Al Maidah [Hidangan](5:3) seperti berikut:

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

[Terjemahan firman/wahyu Allah terakhir itu ditandakan dengan warna merah. Ia bermula dengan perkataan alyaumaakmaltulakum….. dan berakhir dengan perkataan isla madina].

Lebih kurang dua bulan selepas turunnya wahyu terakhir itu Rasulullah telah diwafatkan oleh Allah SWT. Tarikh kewafatan baginda ialah pada 25 Mei 632 Masihi ( 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah).

Mudah-mudahan kita beroleh kebaikan dari Isi khutbah terakhir  Rasulullah..

SELAMAT TINGGAL RASULULLAH. KAMI SEMUA KASIH, SAYANG DAN MERINDUIMU SELALU. KAMI JUGA BERTERIMA KASIH KEPADAMU KERANA TELAH MEMBIMBING KAMI UNTUK MEMPEROLEHI SYURGA ALLAH SATU HARI NANTI.

“Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.” – Mutiara kata Sayidina Ali Karamallahu Wajhah

Add Comment