Jangan Bawa Syaitan Masuk Ke Dalam Rumah, Sedarlah Anda Seolah Sedang ‘Menempah’ Neraka Untuk Pasangan

Suami adalah ketua keluarga yan bertanggungjawab untuk menjaga isteri dan anak-anak, mereka harus memimpin, mendidik dan menjaga isteri dan anak-anak supaya sentiasa terjamin.

Kadang-kadang sedikit masalah yang berlaku dalam keluarga berlarutan gara-gara sikap salah seorang daripada suami atau isteri yang tidak menjaga keutuhan rumah tangga yang dibina kerana wujudnya orang ketiga.

Ketahuilah, dengan wujudnya orang ketiga yang mungkin memecah belahkan hubungan yang dibina ini akan membuatkan iblis lompat gembira, memang tidak salah untuk bermadu tapi ada caranya yang betul.

Jom kita baca nukilan Puan Alisa ini, kisah keluarga rakan baiknya yang kini porak peranda berpunca dari sikap suaminya.

Assalamualaikum..

Terima kasih kpd admin kerana sudi siarkan coretan aku ini. Aku harap dpt menjadi peringatan buat pasangan di luar sana dan mungkin boleh membantu kawan baik aku dari tersilap percaturan.

Aku rasa terpanggil utk menulis slps terbaca kajian sebuah universiti yg menunjukkan semakin ramai isteri di Malaysia yg mendera suaminya..

Aku sendiri ada pengalaman melihat seorang rakan yg asalnya sgt lemah-lembut & sentiasa tersenyum manis tetapi slps 15 tahun berkahwin.. aku mendengar sendiri dia memaki suaminya di dlm kereta. Pernah juga dia membaling nasi yang dibeli ke muka suaminya. Mengapa jadi begitu??

Rakan aku lulusan sekolah agama. Dia orang terpelajar. Menutup aurat sepenuhnya. Antara pelajar trbaik di sekolah kami. Tetapi dia berubah 100% dari segi sikap dan tingkah laku terutama terhadap suaminya.

Pada mulanya aku nasihatkan dia agar jgn menjadi isteri derhaka, dia memandang aku dgn sinis dan berkata “ko ambik laki aku.. ko jaga 4 bulan. 4 bulan je.. silap aribulan, mulut ko lebih jahat dari mulut aku.”

Add Comment