Category: Semasa

JERANTUT, PAHANG – Sayu hati melihat keadaan seorang wanita warga emas tinggal seorang diri di rumah yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Ariff Hirwant pada 1 November lalu viral di Twitter dengan begitu pantas dan kini telah diretweet lebih dari 15,000 kali. “Seorang nenek yang tinggal seorang di tengah hutan tanpa bekalan elektrik dan air di Kampung Che Awas, Jerantut, Pahang. Anak dia seorang dah kahwin. Semenjak sudah berkahwin, langsung tak ada datang untuk tengok mak dia ini. Yang seorang lagi menetap di kawasan berhampiran tetapi barang bantuan nenek ini semua anak dia yang ambil. “Cucunya hisap dadah tu barang nenek ini semua habis kena curi (seperti yang diceritakan nenek itu kepada Ariff). Di rumah nenek ini, anak dia seorang, cucu dia seorang. Masalahnya bila dah jadi viral, tiba-tiba yang call saya semua mengaku cucu kepada nenek ini.