7 Perkara yang akan berlaku pada badan jika anda mula makan 2 biji telur sehari

 

Kebaikan memakan telur ayam sering kali dipersoalkan. Walhal telah terbukti khasiatnya yang unik dalam komposisi pelbagai cara.

Hasil kajian yang telah dibuat mengenai faedah telur ayam untuk tubuh manusia. Ternyata 2-3 biji telur adalah dos yang optimum untuk kekalkan tenaga kita seharian

Antara sebab yang lain adalah:

1-Otak berada dibawah perlindungan choline

Phospholipid yang menjamin sel-sel otak berhubung adalah terdiri daripada choline. Telah terbukti secara klinikal bahawa vitamin ini adalah bahan binaan utama bagi otak. Sekiranya makan 2 telur sehari, tubuh akan mendapat cukup nutrien ini. Kekurangan kolagen membawa kepada penurunan ingatan.

2- Penglihatan dapat dijaga kerana adanya lutein

Penyelidikan menunjukkan bahawa telur ayam kaya dengan lutien. Bahan ini bertanggungjawab untuk membina penglihatan yang jelas dan tajam. Dengan kekurangan lutein ini, ia akan merosakkan tisu mata dan penglihatan kita akan merosot.

3- Vitamin D yang membantu menyerap calcium

Jika anda menawarkan seseorang untuk minum sesudu mintak ikan atau makan telur rebus, majoriti akan memilih makan telur rebus. Terutamanya jika mereka tahu bahawa kandungan Vitamin D adalah sama dalam kedua-dua hal ini. Lebih lagi, pakar menemui satu cara untuk meningkatkan jumlah kandungan vitamin D dalam telur dengan member makan suplimen khas ayam dan ini membantu kalsium menyerap dan menguatkan tulang dan gigi anda dengan lebih baik.

4- Dapat kurang kan risiko penyakit kardiovaskular

Pakar mengatakan bahawa kolesterol dari telur seimbang dengan phosphatides, sehingga tidak membahayakan kesihatan kita. Ia juga menghalang pengeluaran kolestrol sendiri. Disamping itu, telur mengandungi asid omega-3 yang kurangkan tahap trigliserida dengan itu dapat kurangkan risiko sakit kardiovaskular.

5- Mengurangkan risiko kanser

Choline yang sangat diperlukan untuk otak, juga mengurangkan risiko kanser. Mengikut keputusan kajian, bagi wanita yang makan telur mengikut dosnya, risiko kanser payudara menurun sebanyak 18%

6- Berguna apabila merancang untuk dapat anak.

Vitamin B juga diambil kira dalam pembetukan hormon seks. Vitamin B9 mempunyai nama lain: asid folik. Dengan adanya, sel darah merah dan tiub saraf janin dibentuk. Inilah sebab mengapa vitamin B9 sangat diperlukan untuk wanita semasa perancangan kehamilan. 1 biji Telur ayam mengandungi 7.0 mcg vitamin.

7- Melambatkan proses penuaan

Ini sudah terbukti daripada penyelidikan yang dijalankan oleh saintis Belanda. Dalam 87% wanita berusia 35 hingga 40 tahun, bintik-bintik umur hilang dan kulit ditarik. Pada lelaki, kedutan di sekeliling mata terasa licin.

Khasiat Memakan Telur Rebus

Assalamualaikum & Hello.

Kalau pergi kenduri orang kahwin and dapat bunga telur , memang takde muka lain yang akan bantai telur rebus tu kalau bukan aku. Ekekeke. Sampai boleh berebut jugalah dengan mama pasal telur rebus. Padahal boleh je kot rebus telur kat dapur tu. Lol. Tapi konon je telur orang kahwin rasa lain. Behe.

Siapa dekat sini suka makan telur rebus ?

Buat korang yang rasa makan telur ni tak elok untuk kesihatan la – makan telur punca gemuk la. Nah ni aku tampal sikit apa yang aku baca dari Wom.My.

Menjaga Kesihatan Mata

Salah satu manfaat dari telur rebus iaitu baik bagi kesihatan mata. Dengan pengambilan telur rebus secara rutin,ia akan memberikan anda banyak ‘karotenoid’ seperti ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’.

‘Karotenoid’ ini memainkan peranan penting dalam melindungi mata dari pada pelbagai masalah kesihatan mata seperti penurunan kemampuan penglihatan yang umumnya terjadi pada orang dewasa.

 Kuku Sihat & Kuat

Telur rebus juga mengandung sulfur yang tinggi yang merupakan sumber ideal vitamin D. Mineral, antioksidan dan vitamin D yang terdapat di dalamnya mampu membantu menjaga kesihatan dan kekuatan kuku agar tidak mudah patah. 

Meningkatkan Kesihatan Otak

Pengambilan telur secara rutin juga dapat membantu meningkatkan kesihatan otak. Ini adalah kerana telur rebus adalah sumber ‘choline’ yang baik, iaitu zat yang diperlukan untuk menjaga fungsi otak. Dengan pengambilan ‘choline’ yang terdapat di dalam telur juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer.

Turunkan Berat Badan

Masih ramai yang tidak tahu bahawa telur rebus dianggap efektif dalam membantu menurunkan berat badan. Selain itu, telur rebus juga mengandungi 80 kalori dan kaya akan protein yang sangat sesuai diambil bagi anda yang sedang diet. Dengan pengambilan telur, anda pun tidak perlu bimbang kehilangan nutrisi dari makanan.

Baik Untuk Tulang

Telur rebus mengandungi vitamin D yang tinggi yang dapat membantu penyerapan kalsium dan mengawal peningkatan kalsium dalam darah.Ambillah telur rebus secara rutin kerana dipercayai dapat membantu tulang menjadi semakin kuat dan terhindar dari penyakit osteoporosis.

Elok Untuk Darah

Ada di antara pakar penyelidik mengatakan bahawa telur rebus elok dimakan kerana mampu mencegah pembekuan darah. Pengambilan telur secara rutin juga dipercayai dapat membantu kesihatan jantung. Selain mencegah terjadinya pembekuan darah, secara tak langsung pengambilan telur rebus ini juga dapat mencegah risiko saluran pembuluh darah tersebut serta risiko diserang strok.

Cegah Risiko Kanser Payudara

Telur rebus juga boleh menjadi sahabat yang baik buat para gadis atau wanita dalam soal menjaga kesihatan payudara. Ini adalah kerana telur rebus dianggap mampu membantu menurunkan risiko penyakit payudara terutama kanser payudara.

Selain daripada itu , telur rebus juga elok untuk dimakan oleh ibu hamil. Ibu hamil tidak boleh memakan telur separuh masak mahupun telur mentah ya !! Ini adalah demi mengelakkan bakteria salmonella yang boleh mengakibatkan cirit birit , sakit perut , sakit kepala dan suhu badan tinggi. (source : babycenter)

Baik untuk perkembangan janin

Telur merupakan sumber kolin , nutrisi penting untuk perkembangan janin dan bayi. Ibu hamil yang mendapatkan cukup kolin dalam menu makanannya boleh membantu mengurangi risiko kecacatan pada bayi , dan memainkan peranan dalam perkembangan otak dan juga memori.

Mengandungi vitamin dan mineral

Sebutir telur memiliki 13 jenis vitamin dan mineral penting dalam jumlah yang bervariasi. Sebutir telur juga hanya mengandungi 70 kalori. Jadi selagi tidak makan dengan berlebihan , telur rebus adalah selamat untuk dimakan.

Sebiji telur juga mengandungi :

7 mg zink
1.2 mg besi
5.5 mg magnesium
16 mg inositol
27 mg kalsium
76 mg potassium
253 mg choline
100 mg fosforus
590 unit vitamin A

Tada ! Telur rebus versi aku. Hahahahaha. Kononnya nak buat sandwhich telur , sekali roti nan hado. So , kita ratah macam gitu jela. Dahla semudah ABC je , pastu sedap mak oii. Ekekeke. Nak resepi juga ke ? Behe !

Bahan – Bahan

2 Biji Telur Ayam Direbus
Sedikit Black Pepper
Sedikit Mayonis

Cara – Cara

Hancurkan telur tersebut.
Campurkan dengan black pepper & mayonis.
Gaul hingga sebati.
Ready to ngap !

Thanks for your time , love ya people.

p.s : esok makan telur lagi , ingatkan aku beli roti eh. ekekeke.

Sumber :

1-https://chriskresser.com/three-eggs-a-day-keep-the-doctor-away/
2-http://brainblogger.com/2015/05/17/nurturing-the-brain-part-4-eggs/
3-http://www.news-medical.net/news/2004/08/26/4355.aspx
4-http://www.news-medical.net/news/20160211/Study-High-cholesterol-diet-or-eating-eggs-do-not-increase-risk-of-cardiovascular-diseases.aspx
5-https://breast-cancer-research.biomedcentral.com/articles/10.1186/bcr583
6-https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3218540/
7-http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2010/02/27/top-7-foods-that-slow-your-aging.aspx

 

Add Comment