5 Ayat Al-quran yang Akan Meringankan Ketika Menghadapi Masalah

Kehidupan manusia tidak akan pernah lepas dari menghadapi masalah. Satu masalah selesai akan datang masalah baru yang harus diselesaikan, kerana memang hidup ini adalah tempat manusia diuji sebelum akhirnya tinggal di negeri akhirat yang abadi.

Saat ujian datang, selalu kita merasa menjadi manusia yang paling menderita sedunia. Kemudian kita berusaha mencari pertolongan dan tempat bersandar lain, padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai Tuhan Semesta Alam telah memberikan petunjuknya dalam Al-Quran. Berikut lima potongan ayat Al-quran yang mampu memberikan ketenangan dan juga inspirasi positif saat masalah menerpa.

  1. Ar-Ra’d: 11

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri.” (Q.S Ar-Ra’d:11)

Potongan ayat diatas seolah memberi tahu untuk muhasabah diri, kerana tak jarang masalah yang datang memang kerana kesalahan diri sendiri. Entah itu kerana kebiasaan buruk selama ini atau kurangnya iman kepada Illahi. Terus berusaha perbaiki diri, kerana nasib seseorang masih dapat berubah sesuai dengan tekad dan usaha yang diperbuat. Insya Allah ada solusi, ketika diri berubah menjadi lebih baik lagi.

QS Al-Baqarah: 216

“Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)

Masalah yang datang boleh jadi merupakan sebuah anugerah dari Allah, namun kerana manusia pada dasarnya sukar bersyukur anugerah tersebut terlihat sebagai sebuah keburukan. Misalnya ketika putus cinta dengan seseorang. Menyakitkan memang, namun mungkin hal tersebut adalah wujud dari kasih sayang Allah.

Potongan Ayat diatas mendorong kita untuk terus berfikiran positif atas apa saja yang menimpa kehidupan kita. Pun saat masalah datang, lihatlah ada hikmah luar biasa yang boleh kita dapatkan. Ingat, Allah selalu bersama prasangka hamba-Nya.

  1. Al-Baqarah: 286

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” (QS. Al-Baqarah: 286).

Dalam ayat ini, Allah telah menjamin bahawa masalah yang datang tidak akan lebih besar dari kesanggupan orang yang dibebani. Oleh kerana itu, kita harus percaya bahawa setiap masalah yang menerpa pasti boleh diselesaikan. Namun diselesaikan dengan baik atau tidaknya tergantung dari niat dan usaha yang dilakukan.

  1. Al-Insyirah: 5-6

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,” (QS. Al-Insyirah: 5-6).

Ya, setelah badai terbitlah pelangi. Jadi tenanglah, setelah seluruh masalah yang datang dalam kehidupan akan ada kebahagiaan yang menghampiri dan itu sudah Allah janjikan dalam Al-Quran.

  1. At-Thalaq: 2-3

“Barang siapa bertakwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendak-Nya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya.” (QS. At-Thalaq: 2-3)

Jalan keluar pasti didapatkan asal kita selalu bertawakal kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Meskipun sepertinya tidak ada jalan keluar dari masalah yang sedang dihadapi, namun kekuasaan Allah tidak terbatas dan Dia dapat mengirimkan bantuan dari sesuatu yang tidak pernah disangka-sangka sebelumnya.

Memohonlah kepada-Nya, kerana tidak ada satu zat pun yang dapat menolong kita kecuali Allah. Semangat!

tonton video: Kisah Ustaz Hanafiah Malek kena dan survive kanser

Sumber: Kata Ustaz 

 

Add Comment